CABARAN DAN PANDUAN MEMULAKAN KERJAYA DI MUSIM PANDEMIK COVID-19

Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19 yang telah menggugat keadaan sosioekonomi global, Jawatankuasa Pemerkasaan di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah mengadakan program pemerkasaan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Tahun 4 mengenai cara untuk memulakan pekerjaan pada musim pendemik ini. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka minda pelajar disamping mencipta ruang pekerjaan sendiri. 

Melalui program ini, pelajar diterapkan dengan panduan mencari/memulakan pekerjaan dan juga memberikan semangat untuk mereka menghadapi fasa pekerjaan. Penceramah yang dijemput adalah individu yang berjaya di dalam kerjaya terutamanya berjaya menghadapi cabaran semasa musim pendemik iaitu Imer Jibril Mohd Nasir, 24 yang merupakan pelajar daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan. Beliau bersama rakan kongsinya Wan Azehan Helmi Wan Abdul Halim, 24 yang mula berniaga secara kecil-kecilan menjual pes oden keluaran sendiri di tapak gerai kampus, kini tersenyum lebar apabila hasil jualan yang diperoleh mereka sudah mencecah enam angka.

Imer Jibril menasihatkan agar rakan-rakan tidak mudah putus asa terhadap setiap perkara yang dilakukan ketika memulakan sesuatu perniagaan atau pekerjaan. Setiap permasalah mempunyai penyelesaian. Dan yang penting tambahnya, setiap pelajar yang ingin melangkah ke alam pekerjaan atau selepas habis belajar sentiasa perlu berfikir ke depan  dan berani dalam setiap tindakan yang diambil.

Dr Sitti Fatimah Binti Mhd. Ramle